Note4u

Gentleman..luar atau dalam..??

assalamualaikum..

Lama sungguh rasanya blog tak diupdate..agak kekurangan bahan sebenarnya ...melihat kepada kawan2 blogger y da ramai follower,rasa jealous hepi lak...hehe...so,bersesuaian dengan tajuk di atas...saya baru sahaja menghabiskan sebuah buku karangan Dr Fadzilah Kamsah dan En. Ahmad Naim Jaafar.

Judul : Anda ingin menjadi seorang gentleman?
Pengarang : Dato Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah
Penerbit : PTS Millenia Sdn Bhd
Genre : Motivasi
Mukasurat : 212 halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 983337218
Kulit Tebal

Bagi saya sendiri, Janganlah melabelkan diri sendiri sudah gentleman jika memberi laluan kepada perempuan naik bas dahulu ataupun membuka pintu untuk seorang perempuan kerana subjek yang menjadi tumpuan hanyalah seorang iaitu perempuan. Janganlah suka menyempitkan pandang ataupun pemikiran kepada aspek yang sememangnya cukup luas ini. Dalam buku ini menerangkan serba ringkas bagaiman menjadi gentleman di mata masyarakat dan juga orang sekeliling.

Ibarat serampang dua mata, buku ini juga menerapkan kata-kata semangat untuk menjadi seorang lelaki lebih berguna amnya..Apa lagi tujuan hidup kita di dunia ini selain beribadat kepada Allah dan mencari keredhaannya. Mungkin anda boleh menjadikan buku ini sebagai bahan bacaan bagi memperbaiki diri sendiri bukan nya bertujuan untuk menjadi sempurna kerana tiada manusia yang sempurna..wallahualam..

S E L A M A T   M E M B A C A . . . ! ! ! 


p/s : Mood menunggu Pilihanraya Kampus UMP...menunggu isu y bakal di utarakan sahabat seperjuangan.
Powered By Blogger