Note4u

..alahai~~


 

Kamera

Sudah lama saya tidak menulis di blog kesayangan saya ini..disebabkan kurang masa yang ada untuk menulis, jadi saya hanya tengok saja blog saya ini, tidak berkesempatan untuk berkongsi apa-apa yang menarik. Okay, post kali ini adalah saya nak berkongsi 'minat' baru saya. Minat baru saya ini membuatkan saya makan tak kenyang, tidur tak lena dan mandi tak basah. Manakan tidak, minat tu ada, tapi gear tak ada, itu yang membuatkan saya agak frust sikit tu.

Minat

Orang cakap kalu minat, semua benda boleh jadi, ha, sahabat, cuba semaikan apa yang saya cakap tadi. Cuba kita tanamkan rasa minat terhadap satu-satu subjek di Universiti. Percayalah kata saya ni, tidak akan ada sedikit rasa boring pun akan timbul. Okay, berbalik kepada minat saya tadi, sebelum ni, saya tak minat pun fotografi ini, kalau tangkap gambar pun saja-saja untuk suka dan hilangkan tension dan gunakan kamera telefon bimbit saja. Tapi, saya ni ada satu minat iaitu suka bagi rating kepada gambar di dalam intenet. Dari sini, minat tu mula dipupuk, dan terima kasih banyak kepada  Noorizam Sabran atas ebook yang diberikan.

Selepas minat tu datang, setiap hari saya akan menghadap komputer selama berjam-jam untuk mencari maklumat berkaitan. Bagaimana cara penggunaan kamera DSLR ni ( Digital Single Lens Reflex) kamera ni.
Minta-minta hujung tahun ni saya sudah boleh dapatkan sebuah Nikon D40...yezza...

Hingga bertemu lagi..  

...a note 4 u..

p/s : niatkan hati untuk ambil gambar keindahan ciptaan Allah..
Powered By Blogger