.
.
.
salam...
Hari ini, tiba-tiba saja saya merasa sayu, balik je dari masjid malam semalam, saya teringat akan kedua ibu bapa saya. Rindu yang teramat sangat, capaila handset, call mereka..tapi jam pun dah pukul 11, mungkin mereka dah tidur..lepas tu baring la kejap..tiba-tiba teringat akan pesan-pesan mereka..: -
'Abe belajar betul-betul deh'
'Kalau nak pakai duit cakap je la, duit boleh cari walaupun susah'
'Biar anak ayah jadi Engineer biar tak jadi cikgu pun'Caption pertama : Ingat lagi masa ayah sya hantar saya di UMP ni, sebelum bertolak balik ke kelantan, itulah yang dia pesan.
Caption kedua : Ayah selalu cakap macam tu, walaupun kesempitan duit, ayah selalu cuba cari asal anak dia ni tak rasa susah hati.
Caption ketiga : ..........................................maafkan hafiz, ayah, hafiz tak dapat nak capai keinginan ayah nak tengok hafiz jadi cikgu..
Itulah ayahku, selalu je sabar dengan kerenah anaknya ni...Sahabat, hari ini, semasa menaip post ini, tanpa saya sedar, hati saya jadi sebak mengingatkan bagaimana saya ingin membalas kesemua jasa kedua ibu bapa saya..Akhirnya saya simpulkan sesuatu..
Bulatkan hati, tekadkan minda,'
Ayah, satu hari nanti, pasti kamu akan berbangga dengan anakmu ini..